Showing posts with label hantaran perfume. Show all posts
Showing posts with label hantaran perfume. Show all posts

Sunday, 6 April 2014

Hantaran Bantal : Ungu dan Krim

Assalamualaikum.

Hantaran bantal meskipun simple tetapi nampak mewah jika pandai menggunakan kombinasi bunga. Hantaran ini ditempah oleh Hawa dari Klang. Alhamdulilah dia sangat berpuas hati dengan hasil kerja admin.







Wednesday, 15 January 2014

Tutorial Hantaran - Pesona Pengantin

Assalamualaikum.

Alhamdulilah untuk pembukaan tahun 2014, Pink & Purple House mendapat jemputan dari wartawan Majalah Pesona Pengantin untuk cover column D.I.Y Hantaran sebanyak empat muka surat. Jadi admin buat keputusan untuk menghasilkan hantaran yang mengunakan step-by-step yang mudah. Nanti bride-to-be senang nak follow dan tak pening sangat. Now, hantaran tersebut dah release dalam edisi Januari. Boleh dapatkan di pasaran sekarang. Tak rugi beli.

Admin attachkan few picture untuk korang. SELAMAT MENCUBA :)














Wednesday, 10 July 2013

Hantaran Crepe Paper : Putih & Kuning

Assalamualaikum.

Tahun ini, crepe paper memang mendapat sambutan hangat, baik hantaran mahupun bunga telur. Bukan itu sahaja, backdrop pelamin juga menggunakan bunga bunga dari kertas crepe. Tersangatlah jimat, malah gubahan juga nampak kemas dan menarik. Untuk entry ini, admin akan attachkan gambar gambar hantaran yang telah selesai digubah. Tema pilihan hati pelanggan tersebut ialah putih, kuning dan hijau. Pelanggan ni suka warna kuning :).

Jom tengok sentuhan akhir gubahan.


Kasut


Cermin Mata

Baju Kemeja & Seluar

Jubah


Jam Tangan


Belt 


Saturday, 8 June 2013

Hantaran Crepe Paper : 2 Warna

Assalamualaikum

Hantaran Crepe Paper yang dibuat sebelum ini telah pun di "upload" ke dalam facebook. Ramai yang like dan comment. Antara comment yang admin masih ingat ialah "jarang orang nak buat hantaran menggunakan crepe paper. Nampak unik". Yup, admin perasan perkara ini. Tidak semua butik atau kedai pengantin memilih bunga crepe sebagai hiasan dulang hantaran. Sebenarnya ia bergantung kepada pilihan pelanggan sendiri :) Jika berminat, boleh minta kedai gubahan buatkan untuk anda. Tempahan kali ini pelanggan hanya mahu dua warna sahaja untuk di "combine" iaitu Biru dan Putih. Warna lembut. Nampak tenang bila dilihat. Pelanggan ini tidak cerewet dan santai. Alhamdulilah. Antara barang-barang hantaran yang digubah ialah:


Frame Cheque

Gelang & Rantai

Jam Tangan

Handbag

Dulang - Dulang Hantaran 

Dulang - Dulang Hantaran 

Hantaran Crepe Paper : 3 Warna


Assalamualaikum.

Trend "Bunga Crepe" datang semula setelah lama menyepi :) . Ramai yang cakap, "eh, bunga ni waktu saya kecik-kecik dulu. Belajar buat bunga waktu pendidikan seni dekat sekolah". Boleh imagine tak berapa lama jika pelanggan yang cakap perkara tu bakal menjadi pengantin ? Hihihi. Pelanggan Pink & Purple House request untuk menggunakan bunga crepe sebagai hiasan dulang hantarannya. Tiga warna yang dipilih : Krim, Biru dan Dark Purple. Nervous. First time admin buat hantaran menggunakan bunga crepe. Selalu admin buat bunga telur je. Nah ! Ini hasil terakhirnya. Walaupun nervous, admin cuba sebaik mungkin untuk tunaikan tanggungjawab admin buat hantaran cantik-cantik :)


Jam Tangan


Belt & Wallet

Bakul Buah


Kemeja & Tali leher

Perfume



Hantaran Spongeflower : Pink & Cream

Assalamualaikum

Bunga Span ialah alternatif terbaik untuk mengantikan fresh flower. Warna bunga span juga sangat cantik. Admin suggest pada pelanggan admin untuk menggunakan bunga span dengan combinasi bunga carnation artificial. Tema yang dipilih setelah Majalah Pesona Pengantin dibelek ialah Pink dan Cream. Hantaran dari jejaka untuk si gadis :) . Dulang yang digunakan ialah dulang kaca. Agak unik sebab design dulang kaca tersebut bentuk daun.

Cheque Frame & Potpouri

Perfume


Gelang Tangan

Handbag 
Warna tema dulang hantaran ni sangat sweet. Admin SUKA :)

Terima Kasih