Monday 28 October 2013

Hantaran Tunang : Bunga Crepe

Assalamualaikum.

Semenjak akhir-akhir ni, jadual makin padat sampai tak larat nak buka laptop update blog. Tapi bersyukur kerana Allah mempermudahkan jalanku. Alhamdulilah.

Kali ini nak attach gambar hantaran yang baru sahaja selesai digubah untuk majlis pertunangan. Tema yang dipilih ialah biru, ungu gelap dan merah jambu. Warna-warna yang sangat tip top dan in-trend. Sangat happy sebab customer puas hati dengan hasil gubahan :)

Nah, admin attach gambar.

9 Dulang Hantaran 



Sirih Junjung Artificial Flower


Material yang digunakan untuk bunga-bunga tersebut ialah kertas crepe. Sangat sesuai untuk cut cost. So boleh jimat lebih sikit :) . Oh ya, sirih junjung tu guna daun plastik. Memang tak boleh makan. Hanya untuk penuhi permintaan Adat Resam Nenek Moyang kita sahaja. Sesuai untuk mereka yang bertandang dalam jarak yang jauh. Jadi daun tak layu.

Wednesday 9 October 2013

Hantaran Ala-ala English Style

Assalamualaikum.

Hantaran ini ditempah oleh anggota TUDM, Subang. Customer ni sangat sporting. Amri namanya. Tema yang dipilih olehnya ialah biru putih. Namun perubahan terpaksa dilakukan apabila Amri hantar barang-barang ke kedai untuk digubah. Banyak warna ungu. Alamak !

Setelah diteliti, akhirnya admin decide untuk combine tiga warna. Biru,putih dan ungu. Amri setuju :). Berikut ialah hasil gubahan terakhir. Amri berpuas hati. Alhamdulilah.








Pink & Purple House di dalam Harian Metro

Assalamualaikum.

Alhamdulilah dimurahkan rezeki oleh Allah untuk di interview oleh wartawan Harian Metro bagi ruangan Hias yang keluar pada hari rabu. Rasa nervous sangat-sangat. Sebelum ni hanya wartawan dari majalah Pesona pengantin sahaja yang datang. Kira ini pengalaman baru berurusan dengan harian metro. TERIMA KASIH sangat2!



Dalam artikel tersebut, "step-by-step" untuk mengubah bunga di atas bantal hantaran difokuskan. Jadi bagi sesiapa yang mempunyai keluangan waktu, bolehlah mengubah hantaran sendiri. JOM BELAJAR ! 



Sediakan bahan-bahan.




Letakan kasut di atas bantal dalam keadaan serong.



Lekatkan gabus yang sudah dibalut dengan kain organza dalam jarak 
yang sesuai menggunakan jarum peniti. 


Cucukkan kedua-dua jenis bunga pada gabus. 



Penuhkan gabus dengan bunga sehingga tidak nampak dasarnya. 



Bentukkan riben dan ikatnya bersama-sama kedua-dua tali 
kasut supaya kasut terletak rapat. 


Hantaran selesai digubah. 


:) 


BUBBLE TALKS

Assalamualaikum.

Bubble talks semakin menjadi trend pada masa kini. Bila "Google" mengenai bubble talks, idea ni rupa-rupanya sudah pun dibuat oleh omputih. Cantik-cantik. Ada customer request admin untuk buatkan bubble talks. So, admin design beberapa keping gambar. Jika berminat, boleh email atau mesej admin ye.












kalau nak request special design pun boleh :) just inform admin ye. harga untuk 1 pcs ialah RM3.50.

Contact:
Email: pinkpurplehouse@yahoo.com
Phone no: 016-2666 797
Fb: Gubahan hantaran Shah Alam
Page fb: Pink & Purple House