Thursday 25 July 2013

Card Holder From Felt

Assalamualaikum.

Hai.

Bagi yang bekerja atau masih belajar dan menggunakan card holder, kami ada sesuatu yang baru untuk anda terutamanya pada yang suka benda-benda comel iaitu card holder yang dibuat menggunakan kain felt. Design dan warna anda boleh request ^^. Gambar-gambar yang admin attach adalah yang pernah dibeli oleh customer. Jom tengok !












Kalau berminat, boleh order admin. No telefon dan data-data yang lain ada di COVER PHOTO ! thank ya :)



Gubahan Bunga Ala-Ala English Style

Assalamualaikum.

Hai reader.

Entri kali ni admin nak share mengenai gubahan bunga pasu. Kak yah baru pindah ke rumah baru. Jadi banyak ruang dan meja masih kosong tanpa hiasan. Design dan warna dia serahkan pada admin untuk tentukan ^^. Setelah mix and match kan warna bunga yang ada di kedai, admin decide nak gabungkan tiga warna iaitu merah jambu, kuning dan peach. Ala-ala english style walaupun  warna tak lembut sangat. Dengan syarat, kak yah kata bunga tu nak nampak gebu :). Nasib baik syarat akak mudah je. Hihi.

Okay, ni result untuk gubahan pasu pertama. Pendapat korang macam mana?



Feedback dari facebook, ramai yang like dan ada juga yang memuji.



Alhamdulilah, Kak yah dan kawannya kata cantik. Adalah satu kepuasan dan kelegaan bila customer hargai hasil kerja kita. Terima Kasih kak ^^ . Pasni gubahan bunga orkid pula.





Saturday 13 July 2013

Bunga Telur Crepe : Biru + Coklat

Assalamualaikum.

Sebenarnya tempahan bunga crepe ni masa awal-awal pembukaan kedai dulu. Baru sempat nak tulis. Customer order bunga crepe tema biru coklat sempena majlis akikah cucu beliau. Paper bag pun beliau beli warna biru. Itu warna kegemarannya. :)

Nah... inilah hasilnya. Simple tapi menarik. Yang penting, susunan kelopak bunga crepe dan riben nampak kemas. Hihihi. Imej dan kualiti perlu sentiasa dijaga ^^. Itu yang cuba diketengahkan oleh kedai Pink & Purple House.

Bunga Telur Crepe paper : Biru + Coklat 

Jika berminat untuk membuat tempahan, digalakkan order awal-awal untuk memastikan "Kualiti" terjamin dengan jayanya. Hihihi. Boleh call, mesej atau whatapps je no 016-2666 797 (Lina).

Thursday 11 July 2013

Bakul Hantaran - Besi (Iron Tray)

Assalamualaikum.

Jom tengok gambar bakul hantaran besi yang terdapat di kedai Pink & Purple House :). Kami ada menyediakan perkhidmatan sewa dulang. Satu dulang RM8. Jadi, ia dapat menjimatkan wang anda.



IR 01

IR02

IR03

IR04

Bunga Carnation

Assalamualaikum.

Selain Bunga ROS, bunga CARNATION juga mendapat permintaan yang tinggi. Gara-gara fenomena bunga crepe. Bunga carnation sesuai untuk dijadikan bunga hiasan meja makan, bunga meja sudut, hiasan hantaran dll. Kedai kami menjual empat jenis warna bunga carnation iaitu merah jambu (pink), ungu (purple), krim, dan oren. Satu jambak untuk saiz seperti di dalam gambar terdapat 16 kuntum bunga, manakala untuk bunga carnation besaiz kecil, satu jambak terdapat 32 kuntum bunga :)


Bunga Carnation - RM6.80/ Jambak (Bush)

PINK

PURPLE & CREAM

SAMPLE BUNGA CARNATION DI DALAM PASU KECIL 



Bunga Ros

Assalamualaikum.

Hai kepada pembaca blog kami sama ada bakal pengantin, mak andam, wedding planner dll :) . Jemput baca blog kami. Kedai kami ada menjual bunga ros pelbagai warna di mana ia biasa digunakan oleh butik-butik pengantin untuk mengubah pasu bunga pelamin. Harga berbaloi-baloi. "TIGA jambak RM10" sahaja. Bukan itu sahaja, bunga ini juga sesuai digunakan untuk gubahan hantaran dan buaian berendoi. Jom tengok stok yang ada di kedai kami :



Red Velvet 

Krim Kuning

Kuning

Merah 

Biru Putih

Ungu

Putih

Pink

Bucu Bantal Hantaran

Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang masih tercari-cari bucu hantaran bantal kerana tidak semua kedai barangan pengantin menjualnya. Fungsi utama bucu ini ialah untuk " menutup segala cacat cela " lebihan kain dibahagian penjuru, kerana bentuk bantal menirus dibahagian hujung menyebabkan ia agak sukar untuk dibentuk dengan kemas. Terutamanya bagi orang yang menggunakan kain satin ( kain satin sangat lembut, berbanding kain thai silk yang mudah dibentuk). Fungsi kedua ialah sebagai hiasan bantal. Dengan adanya aksesori tambahan dihujung bantal, bantal akan nampak lebih cantik dan menarik.


Contoh bucu hantaran bantal :





Ada banyak design :

1) Bunga (macam gambar di atas)
2) Teardrop                                                                           
3) Bentuk bintang 5 penjuru 
4) Bentuk pedang ninja 

Wednesday 10 July 2013

Hantaran Crepe Paper : Putih & Kuning

Assalamualaikum.

Tahun ini, crepe paper memang mendapat sambutan hangat, baik hantaran mahupun bunga telur. Bukan itu sahaja, backdrop pelamin juga menggunakan bunga bunga dari kertas crepe. Tersangatlah jimat, malah gubahan juga nampak kemas dan menarik. Untuk entry ini, admin akan attachkan gambar gambar hantaran yang telah selesai digubah. Tema pilihan hati pelanggan tersebut ialah putih, kuning dan hijau. Pelanggan ni suka warna kuning :).

Jom tengok sentuhan akhir gubahan.


Kasut


Cermin Mata

Baju Kemeja & Seluar

Jubah


Jam Tangan


Belt