Monday 19 August 2013

Hantaran Bantal Merah Jambu & Kelabu

Assalamualaikum.

Untuk first entry bulan Ogos, admin akan attachkan gambar hantaran bantal yang ditempah untuk Majlis Pertunangan :). Tema yang dipilih ialah merah jambu dan kelabu. Jom cuci mata dengan hasil kerja admin ^^.

okay, gambar pertama ialah sirih junjung ala-ala kek fondant. Ya, memang admin dapat ilham bila tengok kek fondant. Comel. Itu yang admin adaptasi ke sirih junjung :). Nyum nyum. Nampak sangat menyelerakan.

Sirih Junjung


Gambar kedua pula, balang kaca yang dikelilingi bunga span. Balang kaca ni sesuai untuk letak apa-apa. Macam coklat, manisan, baju, handphone dan sbgainya. Nak letak ikan emas sepasang pun boleh. Sweetkan ? :)

Balang Kaca

Yang ini pula ialah bekas plastik untuk letak buah buahan :). Lebih mudah dan nampak kemas. Tak perlu wrapping buah buah tu lagi. InsyaAllah tak berterabur. Hikz >.<

Bekas Buah Buahan 

 Majlis pertunangan terclash dengan Hari Raya, maka kuih raya amatlah sesuai untuk dijadikan hantaran. Kebiasaannya jika majlis pertunangan orang lebih prefer memberi makanan dan waktu majlis perkahwinan baru bagi set set persalinan, perfume dan sebagainya. More to personal things. 


Bekas Kuih Raya.
Waktu bertunang juga pasangan akan bertukar2 kain ela. kebiasaannya kain ela ini untuk baju akad nikah nanti. Tapi kalau nak bagi kain ela untuk baju raya atau lain lain function pun boleh juga :)


Kain Ela

Last but not least, kotak untuk kek :). Kebiasaanya pelanggan admin bagi kek 1 kilo sebagai hantaran mereka. So lepas majlis sedara mara boleh makan sama-sama sambil berborak. Betul tak? 


Kotak Kek / Pulut kuning