Thursday 20 June 2013

Hantaran Crepe Paper & Twisted Paper

Assalamualaikum.

Entry kali ini admin nak share gambar-gambar hantaran yang lebih jimat. Range harga RM35 sahaja. Baru-baru ni pink & purple house sudah mengambil keputusan untuk membuka pakej dulang sewa kepada para pelanggan :) . Sewa dulang lebih praktikal pada masa kini kerana design kerap berubah-berubah. Kadang-kadang, adik beradik yang lain tidak mahu menggunakan dulang yang telah di beli oleh kakak atau abang2 mereka kerana inginkan kelainan. Maka, sewa dulang adalah jalan penyelesaian yang terbaik.

Pelanggan request untuk menggunakan bunga crepe paper sama seperti hantaran sebelum ini iaitu krim, dark purple,  dan biru lembut. Twisted paper pula menjadi aksesori tambahan :) . Super duper jimat sebab bahan utama ialah KERTAS. Untuk gubahan telekung, admin design bentuk bunga lima kelopak. Nampak cantik sebab telekung pelanggan tersebut bewarna merah jambu. Teruskan membaca dan melihat hasil sentuhan terakhir :)


Buku & Telekung

Telekung

Frame Mas Kahwin | Handbeg | Buku

Semua Dulang Hantaran

No comments:

Post a Comment