Alhamdulilah dimurahkan rezeki oleh Allah untuk di interview oleh wartawan Harian Metro bagi ruangan Hias yang keluar pada hari rabu. Rasa nervous sangat-sangat. Sebelum ni hanya wartawan dari majalah Pesona pengantin sahaja yang datang. Kira ini pengalaman baru berurusan dengan harian metro. TERIMA KASIH sangat2!
Dalam artikel tersebut, "step-by-step" untuk mengubah bunga di atas bantal hantaran difokuskan. Jadi bagi sesiapa yang mempunyai keluangan waktu, bolehlah mengubah hantaran sendiri. JOM BELAJAR !
Sediakan bahan-bahan.
Letakan kasut di atas bantal dalam keadaan serong.
Lekatkan gabus yang sudah dibalut dengan kain organza dalam jarak
yang sesuai menggunakan jarum peniti.
Cucukkan kedua-dua jenis bunga pada gabus.
Penuhkan gabus dengan bunga sehingga tidak nampak dasarnya.
Bentukkan riben dan ikatnya bersama-sama kedua-dua tali
kasut supaya kasut terletak rapat.
Hantaran selesai digubah.
:) |
No comments:
Post a Comment