Thursday, 20 June 2013

Hantaran Tunang

Assalamualaikum :)

Walaupun tengah sakit gigi yang teramat sangat, tapi Lina nak juga update blog. Mata pun tak ngantuk2. Dasyat. Dah pukul berapa ni. Pastu besok liat nak bangun pagi. Zzzzz. Tapi sebelum tido, Lina nak share berita gembira dan syukur. Alhamdulilah, tempahan hantaran kat kedai Pink & Purple House semakin mendapat sambutan. Yang bestnya, bukan datang dari shah alam je, tapi dari pelbagai tempat yang jauh. bersyukur sangat2. Dengan bantuan Facebook, Blog, Mudah.My, i-kahwin dan pelbagai lagi portal online, ramai yang dari luar kawasan boleh search and tahu kewujudan kedai kami. Terima kasih u ollz. 

Semalam Lina dapat order hantaran tiga dulang untuk majlis pertunangan - bakul buah, box baju dan bakul untuk manisan. Customer dari Subang. Dia kata kedai kat subang tu mahal. Even box kosong RM15. Ye, sangat mahal. Dekat kedai Pink & Purple House baru RM3.50. Opps, Lina tak condemn orang, hanya tulis semula luahan hati customer tersebut. :D . Sebab tu customer ni willing travel jauh sikit pergi shah alam sebab harga yang ditawarkan oleh kedai tersebut sangatlah mahal. Customer tersebut pilih sendiri bunga dan hiasan-hiasan yang lain. Tema nak warna lembut-lembut. Hihihi. Biasalah, gurl memang suka warna2 macam tu. Betul tak?

Dan..... ini adalah hasil sentuhan terakhir :)





untuk ketiga-tiga gubahan ni, budget still bawah RM100 :) . jangan risau, Lina selalu tolong customer semampu mungkin untuk gubah mengikut budget yang ditetapkan. Bak kata tunang Lina, "Ukur Baju di Badan Sendiri" . Kita buat sesuatu mengikut kemampuan kita and yang penting, hati senang tak de hutang. Customer ni excited nak tengok gubahan yang dah siap. Then lina pun upload kat facebook. Alhamdulilah customer ni sangat2 happy. Siap call Lina lagi puji itu ini. Ohh! sangat terharu. dengan gusi bengkak, pastu customer puji and happy dengan hasil tangan kita, hilang sikit penat lelah bekerja. Terima Kasih sebab percaya Pink & Purple House mampu gubah hantaran tersebut.


p/s: harap-harap kedai ni semakin maju. teringin nak bawa parent g mekah hasil titik peluh sendiri.

No comments:

Post a Comment