Thursday, 20 June 2013

Hantaran Crepe Paper & Twisted Paper

Assalamualaikum.

Entry kali ini admin nak share gambar-gambar hantaran yang lebih jimat. Range harga RM35 sahaja. Baru-baru ni pink & purple house sudah mengambil keputusan untuk membuka pakej dulang sewa kepada para pelanggan :) . Sewa dulang lebih praktikal pada masa kini kerana design kerap berubah-berubah. Kadang-kadang, adik beradik yang lain tidak mahu menggunakan dulang yang telah di beli oleh kakak atau abang2 mereka kerana inginkan kelainan. Maka, sewa dulang adalah jalan penyelesaian yang terbaik.

Pelanggan request untuk menggunakan bunga crepe paper sama seperti hantaran sebelum ini iaitu krim, dark purple,  dan biru lembut. Twisted paper pula menjadi aksesori tambahan :) . Super duper jimat sebab bahan utama ialah KERTAS. Untuk gubahan telekung, admin design bentuk bunga lima kelopak. Nampak cantik sebab telekung pelanggan tersebut bewarna merah jambu. Teruskan membaca dan melihat hasil sentuhan terakhir :)


Buku & Telekung

Telekung

Frame Mas Kahwin | Handbeg | Buku

Semua Dulang Hantaran

Hantaran Tunang

Assalamualaikum :)

Walaupun tengah sakit gigi yang teramat sangat, tapi Lina nak juga update blog. Mata pun tak ngantuk2. Dasyat. Dah pukul berapa ni. Pastu besok liat nak bangun pagi. Zzzzz. Tapi sebelum tido, Lina nak share berita gembira dan syukur. Alhamdulilah, tempahan hantaran kat kedai Pink & Purple House semakin mendapat sambutan. Yang bestnya, bukan datang dari shah alam je, tapi dari pelbagai tempat yang jauh. bersyukur sangat2. Dengan bantuan Facebook, Blog, Mudah.My, i-kahwin dan pelbagai lagi portal online, ramai yang dari luar kawasan boleh search and tahu kewujudan kedai kami. Terima kasih u ollz. 

Semalam Lina dapat order hantaran tiga dulang untuk majlis pertunangan - bakul buah, box baju dan bakul untuk manisan. Customer dari Subang. Dia kata kedai kat subang tu mahal. Even box kosong RM15. Ye, sangat mahal. Dekat kedai Pink & Purple House baru RM3.50. Opps, Lina tak condemn orang, hanya tulis semula luahan hati customer tersebut. :D . Sebab tu customer ni willing travel jauh sikit pergi shah alam sebab harga yang ditawarkan oleh kedai tersebut sangatlah mahal. Customer tersebut pilih sendiri bunga dan hiasan-hiasan yang lain. Tema nak warna lembut-lembut. Hihihi. Biasalah, gurl memang suka warna2 macam tu. Betul tak?

Dan..... ini adalah hasil sentuhan terakhir :)





untuk ketiga-tiga gubahan ni, budget still bawah RM100 :) . jangan risau, Lina selalu tolong customer semampu mungkin untuk gubah mengikut budget yang ditetapkan. Bak kata tunang Lina, "Ukur Baju di Badan Sendiri" . Kita buat sesuatu mengikut kemampuan kita and yang penting, hati senang tak de hutang. Customer ni excited nak tengok gubahan yang dah siap. Then lina pun upload kat facebook. Alhamdulilah customer ni sangat2 happy. Siap call Lina lagi puji itu ini. Ohh! sangat terharu. dengan gusi bengkak, pastu customer puji and happy dengan hasil tangan kita, hilang sikit penat lelah bekerja. Terima Kasih sebab percaya Pink & Purple House mampu gubah hantaran tersebut.


p/s: harap-harap kedai ni semakin maju. teringin nak bawa parent g mekah hasil titik peluh sendiri.

Bunga Telur Crepe Paper (PINK)

Assalamualaikum

Kali ni nak cerita mengenai bunga crepe "exclusive" pulak. Bunga telur crepe semakin hangat di pasaran. Macam pisang goreng panas. Lina baru sahaja selesaikan tempahan bunga telur crepe paper pink. Woohohoho, my favourite color. Excited Lina nak buat time tu :) . Cantik tak? Customer yang order ni sangatlah soft spoken, ayu, and sopan santun. Cantik sudah tentu. Wah! untung bakal suami dia. Orang terengganu. Kenapa orang terengganu ramai yang cantik2? Ada sape2 tak nak jawab soalan Lina ni? hihihi.






kalau berminat, bolehlah calling2 Lina :D . nak PM pun boleh kat facebook. Search Gubahan hantaran shah alam or pink & purple house (page). Warna boleh request.

Doily Paper Berwarna

Assalamualaikum ... Kedai kami ada menjual kertas doily berwarna pelbagai size. Setiap paket mengandungi 100 helai kertas. Amat sesuai untuk gubahan paper bag dan bunga kipas :) . Oh ya, kami pun jual yang readymade dari kilang (warna putih).

3.5" - RM5.50
4.5" - RM6.50
5.5" - RM8.50
Berminat? Boleh mesej atau call admin 016-2666 797 . bagitahu warna, saiz dan kuantiti.
warna-warna yang ADA



Bunga Kipas

Paper Bag & Candy Jar

Assalamualaikum

wedding zaman sekarang makin simple dan cantik :) . Bakal-bakal pengantin dah tahu apa design dan demand yang dia nak. Antara salah satu perkara yang dititikberatkan ialah "doorgift". Ohh, pada admin, doorgift sangat penting sbb itu tanda kita menghargai tetamu yang datang dari pelusuk negeri. Untuk doorgift, kami ada jual set candy jar with paper bag. Sticker boleh request nak design apa :) . Kami tolong designkan and customer tinggal masukkan barang-barang je sama ada makanan mahupun hadiah lain seperti tasbih mini. Sample macam gambar kat bawah :)

Candy Jar

Candy Jar Set

Candy Jar Set

Candy Jar Set

Paper Bag

Paper Bag

Paper Bag

Saturday, 8 June 2013

Hantaran Dua Combinasi : Artificial & Crepe Paper

Assalamualaikum.

Sebelum ni admin buat hantaran crepe paper dan bunga artificial secara berasingan. Tapi sekarang sudah "dicombinekan" menjadi satu :) . Tema yang dipilih ialah Velvet Rose dan Dark Blue. Disebabkan customer ini bekerja sebagai seorang anggota polis, dia mahukan hantaran warna garang dan tidak soft. Baru ROCK dia kata. Hihihi. Oh ya, lupa nak bagitahu yang dia ialah lelaki. Trademark dia, suka tunjuk Thumbs up bila happy, setuju or sukakan sesuatu. Memang sempoi. Yang sweetnya, dia dan pasangannya nama bermula dari huruf N. Special request from him, gubahan untuk mas kahwin nanti nak duit tu bentuk N. 
Jom kita tengok apa rupanya :) . Jadi ke tidak ?


Mas Kahwin & Gelang . Tapi bekas gelang xda, so admin tinggalkan space je. 


Gabus dah siap dibalut :)






Hantaran Crepe Paper : 2 Warna

Assalamualaikum

Hantaran Crepe Paper yang dibuat sebelum ini telah pun di "upload" ke dalam facebook. Ramai yang like dan comment. Antara comment yang admin masih ingat ialah "jarang orang nak buat hantaran menggunakan crepe paper. Nampak unik". Yup, admin perasan perkara ini. Tidak semua butik atau kedai pengantin memilih bunga crepe sebagai hiasan dulang hantaran. Sebenarnya ia bergantung kepada pilihan pelanggan sendiri :) Jika berminat, boleh minta kedai gubahan buatkan untuk anda. Tempahan kali ini pelanggan hanya mahu dua warna sahaja untuk di "combine" iaitu Biru dan Putih. Warna lembut. Nampak tenang bila dilihat. Pelanggan ini tidak cerewet dan santai. Alhamdulilah. Antara barang-barang hantaran yang digubah ialah:


Frame Cheque

Gelang & Rantai

Jam Tangan

Handbag

Dulang - Dulang Hantaran 

Dulang - Dulang Hantaran 

Hantaran Crepe Paper : 3 Warna


Assalamualaikum.

Trend "Bunga Crepe" datang semula setelah lama menyepi :) . Ramai yang cakap, "eh, bunga ni waktu saya kecik-kecik dulu. Belajar buat bunga waktu pendidikan seni dekat sekolah". Boleh imagine tak berapa lama jika pelanggan yang cakap perkara tu bakal menjadi pengantin ? Hihihi. Pelanggan Pink & Purple House request untuk menggunakan bunga crepe sebagai hiasan dulang hantarannya. Tiga warna yang dipilih : Krim, Biru dan Dark Purple. Nervous. First time admin buat hantaran menggunakan bunga crepe. Selalu admin buat bunga telur je. Nah ! Ini hasil terakhirnya. Walaupun nervous, admin cuba sebaik mungkin untuk tunaikan tanggungjawab admin buat hantaran cantik-cantik :)


Jam Tangan


Belt & Wallet

Bakul Buah


Kemeja & Tali leher

Perfume



Hantaran Spongeflower : Pink & Cream

Assalamualaikum

Bunga Span ialah alternatif terbaik untuk mengantikan fresh flower. Warna bunga span juga sangat cantik. Admin suggest pada pelanggan admin untuk menggunakan bunga span dengan combinasi bunga carnation artificial. Tema yang dipilih setelah Majalah Pesona Pengantin dibelek ialah Pink dan Cream. Hantaran dari jejaka untuk si gadis :) . Dulang yang digunakan ialah dulang kaca. Agak unik sebab design dulang kaca tersebut bentuk daun.

Cheque Frame & Potpouri

Perfume


Gelang Tangan

Handbag 
Warna tema dulang hantaran ni sangat sweet. Admin SUKA :)

Terima Kasih 

Hantaran Bantal : Pink Purple

Assalamualaikum

Kali ni, tempahan hantaran bantal dari jauh nun di sana. Labuan. Sangat tak terduga rezeki yang Allah akan beri :) Bersyukur sangat. Tempahan hantaran ibu pengantin yang uruskan. Wedding pertama anaknya. Tema sama seperti nama kedai kami. Pink dan Purple. Admin sangat suka dengan kedua-dua warna tu. Jadi tahap "excited" admin memang tak terkata. Jom tengok gambar sentuhan terakhir gubahan :)




Ada 7 dulang hantaran. Ibu pengantin request sirih junjung design modern. Nampak berbeza sedikit dan segar. Disebabkan jarak jauh dan Pos Laju menjadi penghubung, sirih junjung artificial menjadi pilihan utama. Comel tak sirih junjung ni ? *Comel tak kak ton* 


Sirih Junjung 


Belt 

Perfume 

Bakal pengantin tersebut sangat happy bila hantaran tiba di rumah. :) 

Terima Kasih 




Hantaran Bantal : Tema Pink & Putih

Assalamualaikum .

Hantaran bantal semakin menjadi trend. Cepat sangat meletooopz ! Gitew ~ Pihak Pink & Purple House tidak ketinggalan untuk turut serta menawarkan servis hantaran bantal. Admin masih ingat lagi siapa pelanggan pertama yang order ^^ . Siap bawa sample gambar gubahan dari "someone" yang sudah lama dalam industri ni. Lebih kurang 11 tahun. Admin pula baru beberapa bulan buka kedai dan menceburkan diri dalam bidang gubahan. Oh, tersangatlah baru dan masih lagi belajar untuk buat yang terbaik :)

Tema yang dipilih ialah Pink dan Putih . Senang untuk berurusan dengan pelanggan ni sebab dia serah bulat-bulat design pada admin. Yang penting cantik :) . Cantik ? Of course admin akan buat cantik-cantik. Itukan tugas admin. Hihihi. Berikut ialah gambar-gambar hantaran yang sudah siap digubah.





Sebenarnya ada 9 dulang hantaran . Tapi admin tak sempat nak amik gambar semua . Alhamdulilah selesai mengubah. :)