Tuesday, 17 December 2013

Tutorial Crepe Paper @ Bunga Tisu

Assalamualaikum.

Malam ni admin nak attach gambar gambar yang diambil oleh wartawan Harian Metro untuk newbie yang teringin untuk D.I.Y majlis mereka sendiri terutamanya hantaran dan bunga telur. Sementara bunga crepe tengah in trend, admin kasi attach sikit gambar step-by-step buat bunga crepe. Kalau tak faham, boleh datang kedai admin lepak lepak sambil belajar buat bunga ^^. Alhamdulilah rezeki yang Allah kurniakan. Admin berpeluang untuk masuk Harian Metro satu muka surat buat kali kedua.

ni link nya :  http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bungatelurkuntumbesar/Article/index_html


Step 1: Potong kertas crepe mengikut saiz yang diingini. Lipat kertas secara selang seli ke atas dan ke bawah.




Step 2: Ikat kertas yang sudah dilipat dengan dawai di bahagian tengah kertas 




Step 3: Potong hujung kertas menjadi bentuk U atau melengkung




Step 4: Kembangkan kertas 




Step 5: Tarik helaian kertas sehelai demi sehelai 




Step 6: Cantumkan bunga dengan lidi menggunakan pelekat bunga ( Floral Tape)






Step 7:  Susun riben yang sudah dilipat di bahagian bawah bunga. Cantumkan riben dan kain net menggunakan pelekat bunga. 




Step 8:  Bunga telur yang sudah diletakkan net telur 



Alhamdulilah selesai. Selamat Mencuba. Usaha lift kejayaan :D

Bunga Telur Crepe Paper Versi Giant

Assalamualaikum.

Tempahan bunga telur kali ni bertemakan maroon dan biru. Riben bertukar antara satu sama lain. Hihihi. Serius cakap, masa customer buat tempahan warna ni, admin sedikit ragu-ragu. Takut warna tak naik atau tak cantik. Tapi alhamdulilah bila dah buat dalam kuantiti yang banyak, warna bunga telur sangat cantik dan naik bila diambil gambar. Customer puji "awesome" bila admin whatsapp gambar pada dia. Thank dear sebab beri kepercayaan pada admin untuk buat bunga telur untuk pahar dan doorgift. Alhamdulilah :)


Gambar masa bunga tengah banyak dan admin belum cucuk dipahar ^^ .. rasa macam tinggal dekat dalam kebun bunga je. Hihihi.



Ini hasilnya apabila bunga sudah dicucuk di pahar. Yang lebih banyak khas untuk doorgift kepada para tetamu. Alhamdulilah selesai setelah berhempas pulas ^^



Untuk tempahan, boleh call, whatsapp atau email admin. Semua contact number ada di cover photo ! See yaa . xoxo.  

Saturday, 14 December 2013

Tema Hantaran Merah Putih

Assalamualaikum.

Bulan Disember kali ini admin banyak menerima tempahan hantaran yang bertemakan Merah & Putih. Admin membuat sedikit kelainan dengan menggunakan bunga Daisy agar nampak lebih segar dan cantik. Antara dulang dulang hantaran tersebut ialah :- bekas cincin, bakul buah, coklat ferrero rocher, kain ela akad nikah, dan telekung.











Sunday, 10 November 2013

Paper Bag Murah & Berkualiti

Assalamualaikum.

-MASIH MENCARI-CARI BEG UNTUK DOORGIFT ANDA?-

>> Kami ada menjualnya. Material yang sangat berkualiti dan harga berpatutan. 

1) Kalis Air
2) Dapat menampung berat doorgift
3) Warna yang menarik
4) Sangat cantik dan sudah dihias dengan riben polkadot

KENAPA PERLU SUSAH-SUSAH MENGUNAKAN BAG KERTAS PISANG GORENG @ WAFFLE . SEKEPING BEG KERTAS WAFFLE YANG SIAP DIHIAS BOLEH MENCECAH HARGA RM0.50.

BAGAIMANA DENGAN KUALITI BEG KERTAS WAFFLE?

1) TIDAK KALIS AIR
2) TIDAK DAPAT MENAMPUNG BERAT DOORGIFT
3) TIDAK BANYAK PILIHAN WARNA
4) TERPAKSA MEMBELI DOILY PAPER BERWARNA

JADI, BUATLAH PILIHAN BIJAK UNTUK MEMBELANJAKAN WANG ANDA.

*TEPUK WALLET, TENGOK DUIT* teheee ~






Gambar adalah contoh paper bag yang dijual di kedai kami. terdapat dalam 3 saiz yang berbeza. Sangat murah dan berbaloi. Harga untuk paper bag tersebut ialah :

1. Size S - RM0.37/pcs
2. Size M - RM0.47/pcs
3. Size L - RM0.90/pcs 

Terdapat dalam pelbagai warna: Peach, Purple, Biru, Oren, Putih, Merah, Kuning, Krim, Kelabu, Magenta. 




Bunga Telur Crepe Paper :Putih & Pink

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak update blog ni. Terkejar-kejar dengan dengan pelbagai urusan duniawi. Ish ish ish. (-_-").

Kali ni admin nak share tentang bunga telur crepe paper yang lebih besar dan gebu. Saiz dua kali ganda daripada yang admin buat sebelum ni. Diameter bunga 17 cm. Motif nak buat bunga telur besar-besar?.

Okay, motifnya sebab nak jimat "duit". Repeat lagi sekali, sebab nak jimat duit. Get it? Daripada 50 pcs satu pahar, now hanya guna 25 pcs je. Haaaaa... jimat kan. Memang permintaan dari bakal raja sehari. Tempahan kali ni, bunga warna putih, riben warna kelabu dan pink. Sama dengan warna baju akad nikah dan manik-manik kat baju tu. Sooo sweet.

Nah. Admin attach gambar sekali. Special untuk korang.


BUNGA BELUM LETAK NET TELUR LAGI  :)


GAMBAR BUNGA JARAK DEKAT



Yang ni pulak, bunga telur crepe paper saiz 8 cm (diameter). Nampak tak bezanya? ^^



STANDARD SIZE BUNGA TELUR

Hantaran Tunang : Fuschia Pink

Assalamualaikum.

Kali ni admin dapat tempahan untuk majlis pertunangan dengan tema yang agak menarik iaitu Fuschia Pink. Warna pink yang agak striking sedikit. Client menggunakan alas dulang warna tersebut. Untuk menaikkan warna hantaran agar tidak kusam, admin menggunakan bunga pelbagai warna. Antaranya ialah : Peach, Pink, Purple dan Magenta. Ala-ala english style. Setelah mendengar permintaan client untuk design yang beliau mahukan, admin start mengubah :)


Berikut ialah hasil-hasil gubahan. Alhamdulilah client berpuas hati dan admin mendapat feedback yang baik di Facebook.


BAKUL BUAH. SIRIH JUNJUNG.



TELEKUNG


PERFUME



Monday, 28 October 2013

Hantaran Tunang : Bunga Crepe

Assalamualaikum.

Semenjak akhir-akhir ni, jadual makin padat sampai tak larat nak buka laptop update blog. Tapi bersyukur kerana Allah mempermudahkan jalanku. Alhamdulilah.

Kali ini nak attach gambar hantaran yang baru sahaja selesai digubah untuk majlis pertunangan. Tema yang dipilih ialah biru, ungu gelap dan merah jambu. Warna-warna yang sangat tip top dan in-trend. Sangat happy sebab customer puas hati dengan hasil gubahan :)

Nah, admin attach gambar.

9 Dulang Hantaran 



Sirih Junjung Artificial Flower


Material yang digunakan untuk bunga-bunga tersebut ialah kertas crepe. Sangat sesuai untuk cut cost. So boleh jimat lebih sikit :) . Oh ya, sirih junjung tu guna daun plastik. Memang tak boleh makan. Hanya untuk penuhi permintaan Adat Resam Nenek Moyang kita sahaja. Sesuai untuk mereka yang bertandang dalam jarak yang jauh. Jadi daun tak layu.

Wednesday, 9 October 2013

Hantaran Ala-ala English Style

Assalamualaikum.

Hantaran ini ditempah oleh anggota TUDM, Subang. Customer ni sangat sporting. Amri namanya. Tema yang dipilih olehnya ialah biru putih. Namun perubahan terpaksa dilakukan apabila Amri hantar barang-barang ke kedai untuk digubah. Banyak warna ungu. Alamak !

Setelah diteliti, akhirnya admin decide untuk combine tiga warna. Biru,putih dan ungu. Amri setuju :). Berikut ialah hasil gubahan terakhir. Amri berpuas hati. Alhamdulilah.








Pink & Purple House di dalam Harian Metro

Assalamualaikum.

Alhamdulilah dimurahkan rezeki oleh Allah untuk di interview oleh wartawan Harian Metro bagi ruangan Hias yang keluar pada hari rabu. Rasa nervous sangat-sangat. Sebelum ni hanya wartawan dari majalah Pesona pengantin sahaja yang datang. Kira ini pengalaman baru berurusan dengan harian metro. TERIMA KASIH sangat2!



Dalam artikel tersebut, "step-by-step" untuk mengubah bunga di atas bantal hantaran difokuskan. Jadi bagi sesiapa yang mempunyai keluangan waktu, bolehlah mengubah hantaran sendiri. JOM BELAJAR ! 



Sediakan bahan-bahan.




Letakan kasut di atas bantal dalam keadaan serong.



Lekatkan gabus yang sudah dibalut dengan kain organza dalam jarak 
yang sesuai menggunakan jarum peniti. 


Cucukkan kedua-dua jenis bunga pada gabus. 



Penuhkan gabus dengan bunga sehingga tidak nampak dasarnya. 



Bentukkan riben dan ikatnya bersama-sama kedua-dua tali 
kasut supaya kasut terletak rapat. 


Hantaran selesai digubah. 


:) 


BUBBLE TALKS

Assalamualaikum.

Bubble talks semakin menjadi trend pada masa kini. Bila "Google" mengenai bubble talks, idea ni rupa-rupanya sudah pun dibuat oleh omputih. Cantik-cantik. Ada customer request admin untuk buatkan bubble talks. So, admin design beberapa keping gambar. Jika berminat, boleh email atau mesej admin ye.












kalau nak request special design pun boleh :) just inform admin ye. harga untuk 1 pcs ialah RM3.50.

Contact:
Email: pinkpurplehouse@yahoo.com
Phone no: 016-2666 797
Fb: Gubahan hantaran Shah Alam
Page fb: Pink & Purple House




Friday, 20 September 2013

Bunga Telur Crepe Paper : Krim & Pink

Assalamualaikum.

Bunga telur crepe paper ini ditempah oleh saudari Zura dari Kg. Melayu Subang. Waktu mula-mula Zura call  untuk membuat tempahan, Zura memanggil bunga crepe ini sebagai bunga pom-pom. Nasib baik admin dapat tangkap apa yang Zura cuba sampaikan. Hihi. Alamatnya kalau tak faham, memang pom-pom group Cheers guna yang admin buat. ^^

Warna Krim dan Pink menjadi pilihan.



Bila dah siap, bunga telur warna krim sangatlah cantik. Warna lembut dan look so sweet. Thank Zura :)

Hantaran Maroon & Pink


Assalamualaikum.

Sempena nama kedai Pink & Purple House, maka ramai customer admin yang membuat tempahan hantaran warna pink dan purple. Kali ini, warna pink digabungkan bersama maroon. Satu warna lembut, dan satu warna yang lebih garang. Good combination. Hasil dari bacaan blog ini, maka customer ini berjaya mencari kedai admin yang agak terpencil lokasinya. Alhamdulilah. Rezeki dariNYA. Tempahan sebanyak 9 dulang untuk majlis pertunangannya. Terima kasih kerana mempercayai admin untuk gubah hantaran. Hanya separuh sahaja gambar yang dapat diambil kerana dulang hantaran banyak yang terdiri daripada makanan di mana saat akhir baru ada barang-barang tersebut.

Final Touch :

Set Kurma


Bakul Buah

Ferrero Rocher

Coklat 



Marshmallow 



Sirih junjung
Oh ya, sirih junjung admin hanya buat artificial sahaja. Bahasa modern, daun plastik. Bukan yang fresh petik dari pokok sirih. :)