Tuesday, 17 December 2013

Tutorial Crepe Paper @ Bunga Tisu

Assalamualaikum.

Malam ni admin nak attach gambar gambar yang diambil oleh wartawan Harian Metro untuk newbie yang teringin untuk D.I.Y majlis mereka sendiri terutamanya hantaran dan bunga telur. Sementara bunga crepe tengah in trend, admin kasi attach sikit gambar step-by-step buat bunga crepe. Kalau tak faham, boleh datang kedai admin lepak lepak sambil belajar buat bunga ^^. Alhamdulilah rezeki yang Allah kurniakan. Admin berpeluang untuk masuk Harian Metro satu muka surat buat kali kedua.

ni link nya :  http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bungatelurkuntumbesar/Article/index_html


Step 1: Potong kertas crepe mengikut saiz yang diingini. Lipat kertas secara selang seli ke atas dan ke bawah.




Step 2: Ikat kertas yang sudah dilipat dengan dawai di bahagian tengah kertas 




Step 3: Potong hujung kertas menjadi bentuk U atau melengkung




Step 4: Kembangkan kertas 




Step 5: Tarik helaian kertas sehelai demi sehelai 




Step 6: Cantumkan bunga dengan lidi menggunakan pelekat bunga ( Floral Tape)






Step 7:  Susun riben yang sudah dilipat di bahagian bawah bunga. Cantumkan riben dan kain net menggunakan pelekat bunga. 




Step 8:  Bunga telur yang sudah diletakkan net telur 



Alhamdulilah selesai. Selamat Mencuba. Usaha lift kejayaan :D

Bunga Telur Crepe Paper Versi Giant

Assalamualaikum.

Tempahan bunga telur kali ni bertemakan maroon dan biru. Riben bertukar antara satu sama lain. Hihihi. Serius cakap, masa customer buat tempahan warna ni, admin sedikit ragu-ragu. Takut warna tak naik atau tak cantik. Tapi alhamdulilah bila dah buat dalam kuantiti yang banyak, warna bunga telur sangat cantik dan naik bila diambil gambar. Customer puji "awesome" bila admin whatsapp gambar pada dia. Thank dear sebab beri kepercayaan pada admin untuk buat bunga telur untuk pahar dan doorgift. Alhamdulilah :)


Gambar masa bunga tengah banyak dan admin belum cucuk dipahar ^^ .. rasa macam tinggal dekat dalam kebun bunga je. Hihihi.



Ini hasilnya apabila bunga sudah dicucuk di pahar. Yang lebih banyak khas untuk doorgift kepada para tetamu. Alhamdulilah selesai setelah berhempas pulas ^^



Untuk tempahan, boleh call, whatsapp atau email admin. Semua contact number ada di cover photo ! See yaa . xoxo.  

Saturday, 14 December 2013

Tema Hantaran Merah Putih

Assalamualaikum.

Bulan Disember kali ini admin banyak menerima tempahan hantaran yang bertemakan Merah & Putih. Admin membuat sedikit kelainan dengan menggunakan bunga Daisy agar nampak lebih segar dan cantik. Antara dulang dulang hantaran tersebut ialah :- bekas cincin, bakul buah, coklat ferrero rocher, kain ela akad nikah, dan telekung.