Assalamualaikum.
Hantaran menggunakan dulang besi sangatlah sesuai bagi mereka yang travel agak jauh untuk ke rumah pihak perempuan. Selain menjimatkan ruang, ia juga dapat menggelakkan barang barang hantaran yang telah siap digubah daripada mudah rosak kerana kedudukan kaki dulang yang statik.
Bagi majlis pertunangan Zul & Nisa ini, admin menggabungkan dua warna iaitu merah dan krim. Ada sesetengah pihak yang risau dengan kombinasi dua warna ini kerana kelihatan agak garang. Namun, setelah siap digubah, hantaran ini kelihatan sangat cantik dan menyerlah.